Sunday, February 21, 2010

Di Mana Awak............

Bismillahirahmanirrahim..
Assalamualaikum wbt…

Awak…
Yang telah Allah takdirkan untuk menjadi milik saya..
Saya tak tahu awak berada di mana sekarang..
Mungkin kita belum pernah bertemu…
Ataupun sebenarnya mungkin kita telahpun bertemu..
Mungkin pada suatu masa dahulu… Mungkin setiap hari…
Mungkinkah awak rakan sekelas saya?
Atau rakan sekampus saya?
Atau anak jiran saya?
Atau kawan sekolah lama saya?
Atau kawan saya masa kecil dulu?
Saya tak tahu..
Tapi saya nak awak tahu..
Saya sentiasa berdoa untuk dipertemukan dengan awak..

Kadangkala saya berdoa kepada Allah..
Agar saya awal-awal tahu siapa jodoh saya sebenarnya
Supaya saya akan selalu memelihara sekeping hati ini..
Supaya saya tak akan salah memberi cinta..
Kepada insan yang tidak berhak menerimanya..
Tapi Allah itu Maha Mengetahui..
Mungkin Dia lambat menemukan kita berdua..
Dan meletakkan pelbagai rintangan sebelum kita bertemu..
Supaya apabila satu hari nanti saya bertemu dengan awak..
Saya akan menghargai awak setiap saat…

Saya tak pasti bila kita akan bertemu..
Mungkin esok? Lusa? Minggu ni? Minggu Depan?
Bulan ni? Bulan depan? Tahun depan?
Atau sebenarnya kita dah bertemu?
Cuma hati kita masih belum memberi petanda?
Saya tak tahu..
Tapi saya harap apabila kita bertemu nanti..
Allah akan memberi petunjuk kepada saya..
Bahawa awaklah insan yang telah ditakdirkan untuk saya..
Supaya saya tak lagi memandang insan lain..
Dan menetapkan hati saya hanya untuk awak..
Sampai bila bila, hingga akhir hayat saya..

Saya nak awak tahu..
Saya seorang insan yang tak sempurna..
Banyak kekurangan dari segi luaran dan dalaman..
Saya tak dilahirkan dengan wajah yang cantik..
Tapi saya sedaya upaya mencantikkan peribadi saya..
Saya tak mampu memberi nasihat yang terbaik..
Tapi saya mampu menjadi seorang pendengar yang setia..
Saya tak mampu sentiasa membuatkan awak ketawa..
Tapi saya boleh berkongsi air mata dengan awak..
Saya harap, apabila kita bertemu jodoh nanti..
Banyak kekurangan saya yang boleh awak terima..
Dan saya akan cuba menjadi jodoh yang terbaik buat diri awak..
Saya cuba, InsyaAllah..

Dan andainya saya membujang hingga ke akhir hayat..
Saya tahu awak mungkin dah tiada di dunia ini..
Betapa saya mengharap perkara itu takkan berlaku..
Sebab saya teringin bertemu dengan awak walaupun hanya seketika..
Cukuplah sampai sini saja coretan saya..
Saya akan setia di sini menunggu awak..
Mungkin tak patut saya luahkan perasaan ini..
Tetapi saya kadangkala rindukan awak..
Dan saya harap jauh di sudut hati, awak juga berasa demikian…
Jaga diri baik-baik wahai jodohku..
Moga kita dipertemukan Allah pada lain waktu...
Wassalam…

1 comment:

  1. sgt menarik..."touching2" hee...
    gudjob...smoga dpertemukan dgn jodoh kamu =p

    ReplyDelete