Wednesday, February 24, 2010

wonder pet.....

Bukan senang aku nk luangkn masa utk meng'sign in' blog ni, password pun aku hampir lupe..

lepas blk dari kelas td, aku membelek2 laptop dell hijau ku ini, mencari kalau-kalau ada perkara menarik utk di explore, kebetulan romate pon tgh tgk tv3, so aku pun ikut jejak langkah die, kuat gak pengaruh romate ni tau sebenarnye... so, aku pon tgk ar tv9, kasi lain sikit dari die,

aku tekan button show then aku cr program...erm.. "emergency".. ntah, tajuk biase jer, tapi terdetik nk tgk, kat umah mmg x penah tgk pon...tengok punye tengok, aku terasa berlaku pergolakan emosi dan minda aku, dalam keheningan tengah hari ni, biase aku tido, tp hari ni aku gunekn tuk berfikir.

seorang ahli bulan sabit merah, urm...aku boley anggap dorang ni cam wonder pet.. setiap hari dorg berhdpn dgn mcm2 kes. accident, gaduh, terjun bangunan dan macam2 la..ngeri gak ar aku tgk..rse nk muntah pon ade..ade gak yang aku skip sbb x mampu nk membuke mate..dorg ni kjenye tolong org, xde kje lain, pagi ptg siang malam asyik tolong org jer..muliakan kje dorg?!.. tambahan ag, org yg dorg tolong tu mmg betul2 perlukan pertolongan.. kalo niat dorg mmg baik bkn setakat penuhi kehendak kje jer, pasti setiap amalan dikira sebagai ibadah yang sgt besar ganjarannya, cube bayangkan setiap bulan bukan setakat dpt gaji, bahkan saham di akhirat pon meningkat.

moral lain yg aku dpt, kite x tau nasib kite, skang kite sihat, maybe pasni kluar je bilik, ade pencuri dtg bwk pisau nk bunuh kite, masuk bilik air tergelincir patah sana sini, pergi kelas bwk moto...accident, x pon duk diam jer dalam bilik, mati tgh tido atau ape2 smthg unexpected berlaku...nauzubillah.. kite mmg x bley lari, semuanya dah diprogramkan oleh Allah...

Setiap langkah kite ni sbnrnya tiada jaminan, bersyukurlah badan ni dah digunakan tuk sekian lame, dah 21 tahun, 8 bulan, 3 hari, 16 jam, 46 minit, 5+++ saat, aku gunekannyer...dan mungkin tubuh ini akan expired beberapa saat atau minit lagi...ALLAH!!!!!
takutnye...k nk g solat asar, takut x sempat....salam

Sunday, February 21, 2010

Di Mana Awak............

Bismillahirahmanirrahim..
Assalamualaikum wbt…

Awak…
Yang telah Allah takdirkan untuk menjadi milik saya..
Saya tak tahu awak berada di mana sekarang..
Mungkin kita belum pernah bertemu…
Ataupun sebenarnya mungkin kita telahpun bertemu..
Mungkin pada suatu masa dahulu… Mungkin setiap hari…
Mungkinkah awak rakan sekelas saya?
Atau rakan sekampus saya?
Atau anak jiran saya?
Atau kawan sekolah lama saya?
Atau kawan saya masa kecil dulu?
Saya tak tahu..
Tapi saya nak awak tahu..
Saya sentiasa berdoa untuk dipertemukan dengan awak..

Kadangkala saya berdoa kepada Allah..
Agar saya awal-awal tahu siapa jodoh saya sebenarnya
Supaya saya akan selalu memelihara sekeping hati ini..
Supaya saya tak akan salah memberi cinta..
Kepada insan yang tidak berhak menerimanya..
Tapi Allah itu Maha Mengetahui..
Mungkin Dia lambat menemukan kita berdua..
Dan meletakkan pelbagai rintangan sebelum kita bertemu..
Supaya apabila satu hari nanti saya bertemu dengan awak..
Saya akan menghargai awak setiap saat…

Saya tak pasti bila kita akan bertemu..
Mungkin esok? Lusa? Minggu ni? Minggu Depan?
Bulan ni? Bulan depan? Tahun depan?
Atau sebenarnya kita dah bertemu?
Cuma hati kita masih belum memberi petanda?
Saya tak tahu..
Tapi saya harap apabila kita bertemu nanti..
Allah akan memberi petunjuk kepada saya..
Bahawa awaklah insan yang telah ditakdirkan untuk saya..
Supaya saya tak lagi memandang insan lain..
Dan menetapkan hati saya hanya untuk awak..
Sampai bila bila, hingga akhir hayat saya..

Saya nak awak tahu..
Saya seorang insan yang tak sempurna..
Banyak kekurangan dari segi luaran dan dalaman..
Saya tak dilahirkan dengan wajah yang cantik..
Tapi saya sedaya upaya mencantikkan peribadi saya..
Saya tak mampu memberi nasihat yang terbaik..
Tapi saya mampu menjadi seorang pendengar yang setia..
Saya tak mampu sentiasa membuatkan awak ketawa..
Tapi saya boleh berkongsi air mata dengan awak..
Saya harap, apabila kita bertemu jodoh nanti..
Banyak kekurangan saya yang boleh awak terima..
Dan saya akan cuba menjadi jodoh yang terbaik buat diri awak..
Saya cuba, InsyaAllah..

Dan andainya saya membujang hingga ke akhir hayat..
Saya tahu awak mungkin dah tiada di dunia ini..
Betapa saya mengharap perkara itu takkan berlaku..
Sebab saya teringin bertemu dengan awak walaupun hanya seketika..
Cukuplah sampai sini saja coretan saya..
Saya akan setia di sini menunggu awak..
Mungkin tak patut saya luahkan perasaan ini..
Tetapi saya kadangkala rindukan awak..
Dan saya harap jauh di sudut hati, awak juga berasa demikian…
Jaga diri baik-baik wahai jodohku..
Moga kita dipertemukan Allah pada lain waktu...
Wassalam…

Tuesday, January 12, 2010

apa kesudahannya...

tiade yg lebih tepat untuk menggambarkan perasaan aku hari ini, hanya Allah yg tahu...bila muhasabah semula hidupku hari ini, dugaan yg menimpa tidak layak di panggil 'dugaan' dek kerana ringan dan kecilnya dugaan yg aku sendri namakan nya...(huhu, bhs hati, aku je phm)

hari ni agk celaru, sukar bg seorg dhoif seperti aku laluinya...erm.. layakkah aku memikul taklif khalifah ini..fuhh.. surrender... eleh, small matter jerk sbbnyer... namun small matter inilah yg telah menekan button sewel kat otak aku...

stop!! stop thinking about that dude!! ya Allah, kuatkan jiwaku...sekuat jiwa2 serikandi islam silam...( heh, layak ker??) ermh...mmg x layak..jd spt byg2 mrk pon aku x mampu.

aku harus mnjadi diriku yg lebih baik dr semalam dan hari2 sebelum ini..
segalanya ku serah padaMu...

huh..forget it! hidup mesti diteruskan, byk lg perkara besar plu dipikirkan... haa..mlm ni aku akan ke bilik femina ibu zain..ha, watpe??erm.. blaja wat kek kurma, romateku sbg chef...act, aku pon x sure ble minat nk blaja masak ni dtg.. neway, x salahkan juz nk blaja..t, balik rumah aku try buat sendiri..special punye 4 my luvly mom...huuhu..

xtau nk tutup kate camne...juz aku harap mari same2 kita muhasabah hidup setiap saat, detik dan hari2 yg terdahulu mahupon akan dtg...apekah kesudahan hidup ini.. aku x mahu hidup aku seperti "sehari" yang diulang2 setiap hari..

Monday, December 21, 2009

Mencari Arah Destinasiku....

Melangkah itu mudah,
Namun mencari arah itu yang terkadang payah,
Mencari jalan itu mudah,
Namun memahami destinasi itu yang susah,
Menyusuri susur itu mudah,
Namun menuju nokhtah itu pasti mendapatkan lelah,
Dalam semua ini...
Menjaga istiqamah itu paling susah,
Payah dan lelah..
Namun DIA amat faham,
Bagi hambaNYA,DIA tidak meminta
Manusia menjadi yang terbaik,
Hanya perlu untuk melakukan yang terbaik,
Meletakkan sandaran dan keyakinan penuh kepadaNYA,
Lantas nescaya DIA akan menguruskan yang selebihnya..
Agar yang TERBAIK itu menjadi milik manusia,
Moga perjalanan kita sentiasa di dalam lindungan dan penjagaan Allah s.w.t..
insyaallah..amin3... :)

Saturday, December 12, 2009

Rock ke???


Lambang-lambang yang berunsurkan pemujaan ini sebenarnya merupakan pengaruh luar iaitu berasal dari kaum yahudi dan Nasrani yang tidak putus-putus menjajah minda dan pemikiran umat Islam terutamanya golongan remaja Islam pada zaman sekarang. Ramai yang tidak sedar akan perbuatan yang mereka lakukan itu berunsurkan kepada pemujaan syaitan. Kita boleh lihat dengan jelas sekali pada artis-artis tempatan yang selalu mengagung-agungkan lambang-lambang pemujaan syaitan ini. Adakah mereka tidak tahu apa yang mereka buat? atau adakah itu dijadikan sebagai satu aset ataupun modal untuk menarik perhatian semua orang? atau mungkin mereka telah terikut-ikut dengan budaya luar tanpa usul periksa? Bukan semua artis tempatan kita menggunakan lambang pemujaan syaitan sebagai symbol kepadanya, mungkin hanya sebahagian daripada artis ataupun mungkin hanya dalam kelompok golongan minoriti. Di bawah ni ada disertakan beberapa contoh yang kaum yahudi telah menjajah minda artis-artis tempatan kita.



Apa yang menyedihkan lagi adalah lambang ini dijadikan sebagai satu trend bagi artis-artis yang mengelarkan dirinya “rock” dan perlulah diingat golongan ini merupakan pengaruh yang kuat pada masa sekarang dengan media massa yang meluas dan hiburan yang berterusan ramai remaja-remaja sekarang terikut-ikut disebabkan pengaruh yang kuat dari artis yang selalu menjadikan simbol pemujaan syaitan sebagai trend mereka. Perkara ini makin ketara apabila kita lihat bukan saja golongan remaja yang terikut-ikut dengan trend sebegini malahan anak-anak kecil yang baru berumur lingkungan 3, 4 tahun dah pun pandai meniru trend yang tak sepatutnya dibuat dan lebih memilukan pak cik, makcik, datuk, nenek pun masih lagi tak tahu apakah simbol yang mereka lakukan itu.

Untuk memperjelaskan lagi tentang simbol yang diperkatakan sebagai pemujaan kepada syaitan, di bawah ini diterangkan secara terperinci apakah maksud berkaitan simbol-simbol tersebut yang mana orang ramai terutama umat Islam pada masa kini menjadikan simbol-simbol ini sebagai satu trend dalam kehidupan mereka tanpa mengetahui maksudnya.



Horned God - Represents the horned god of witchcraft. Pan or Cernunnos. Note the thumb under the fingers and given by the right hand.

Tuhan bertanduk – Mewakili Tuhan bertanduk ilmu sihir. Pan atau Cernunnos. Perhatikan ibu jari di bawah jari-jari itu dan diberi oleh tangan kanan.



Horned Hand - The sign of recognition between those in the Occult. When pointed at someone it is meant to place a curse. Note the thumb over the fingers and given by the left hand.

Tangan Bertanduk – Tanda pengiktirafan antara mereka yang dalam Occult. Bila menunjukkan seseorang ia dimaksudkan untuk menempatkan satu sumpahan. Perhatikan ibu jari mengenai jari-jari itu dan diberi oleh tangan kiri.



Witch Sign or Moon Sign Used to salute the rising moon. Also used by surfers and football teams. This is the sign that the furor should be using to indicate the "Hook Um" horns, Not the 2 above.

Witch Sign atau Moon Sign Digunakan untuk memberi hormat kepada bulan naik. Juga digunakan oleh peluncur dan pasukan bola sepak. Ini merupakan tanda yang furor wajar menggunakan untuk menandakan "Cangkuk Um" tanduk-tanduk, Bukan 2 di atas.



Anton LaVey, leader and founder of the Church of Satan.

Anton LaVey, pemimpin dan pengasas the Church Satan.

Anton LaVey, founder of the Church of Satan and author of The Satanic Bible, displaying the "Horned Hand" (also called the "satanic salute" and Il Cornuto) with his left hand, on the back cover of The Satanic Bible.

Anton LaVey, pengasas Church Satan dan pengarang kitab Bible of The Satanic, mempamerkan "Tangan Bertanduk" (juga disebut "tabik syaitan" dan Il Cornuto) dengan tangan kirinya, pada kulit belakang bagi The Satanic kitab Bible.



From the Satanic Bible: The ‘Satanic Salute’, Horned Hand or The Mano Cornuto is a signal of allegiance between members of Satanism to their ‘horned god’, a sign of recognition and allegiance.

Daripada Kitab Injil Syaitan: ‘Tabik Syaitan', Horned Hand atau The Mano Cornuto adalah satu isyarat kesetiaan antara ahli-ahli Satanism untuk mereka ‘Tuhan bertanduk', satu tanda pengiktirafan dan allegian



A Satanic Ritual
Satanists making the "Satanic salute" to an altar displaying the Goat of Mendes or Baphomet, to acknowledge their allegiance to Satan, during a Satanic ritual.)

Satu upacara amal syaitan
Pembuatan Satanists "Tabik syaitan" untuk sebuah altar mempamerkan Goat Mendes atau Baphomet, untuk memaklumi kesetiaan mereka kepada Satan, semasa Satu upacara amal syaitan.)

Apa yang boleh disimpulkan dalam ruangan kali ini adalah masyarakat kita terutama umat Islam haruslah sedar bahawa minda kita sekarang sedang dijajah oleh pengaruh-pengaruh luar yang ingin menyesatkan atau memesongkan pemikiran kita. Mereka akan gembira apabila melihat kita mengikut cara atau budaya mereka, mereka akan lebih gembira apabila melihat umat Islam pada masa kini tidak bersatu dan berpecah belah disebabkan kejahilan umat kita sendiri. Umat kita tidak seharusnya menjadi “pak turut”, selalu saja mengikut apa yang orang lain arahkan atau lakukan. Sebaik-baiknya perlulah berfikir sebelum melakukan sesuatu perkara adakah perkara yang kita lakukan itu betul ataupun salah. Mungkin kita merasakan apa yang kita lakukan itu betul, tapi mungkin juga perkara yang kita rasakan betul itu pada hakikatnya adalah bertentangan dengan agama. Sama-samalah kita muhasabah diri kita supaya pemikiran kita tidak lagi dijajah dan tergolong dalam orang-orang yang beriman. Sekiranya sesuatu perkara atau ilmu yang kita tahu sama-samalah kita kongsikan dengan semua orang kerana ia tidak merugikan kita. Malahan mungkin kita tidak sedar dengan sedikit ilmu atau perkara yang kita sampaikan itu telah membantu seseorang yang dalam kejahilan.

p/s:sumber dr seorang kwn yg bercita2 mjadi seorang guru...thanks to him..

Wednesday, November 25, 2009

Kembali Lagi..

Salam kembali ,salam ukhwah & salam silatulrahim buat sahabat2 ku yg sudi lg meninjau @ sekadar melawat blog yg xseberapa ini..ini lah padahnya jika wat blog hanya ikutkan org @ sekadar suka2..hehe..mohon maaf dipinta andai blog ini mengecewakan hampa sekalian..huhu..lamanya xupdate kn..ish3..sapelah penulis blog ni ye???hampeh btl..hahahaha..
Huh..ok la..kembali pd focus kita..arini tiba2 je dpt idea nk tulis sesuatu..sekadar mengisi masa terluang sepanjang cuti ni..klu kt trg,cuti ni xleh wat apa2 sgt la sbb skrg musim tengkujuh..blh dikatakan setiap hari hujan je dr siang smpai la mlm..nk sidai baju pon xleh..ye la..hujan setiap masa..nk kering mcm mn..hmm..apa2 pon syukur pd Illahi sbb kt tempat hamba ini xterkena banjir tu..huhu..alhamdulillah segala puji bg Allah yg Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.cuti korang smua mcm mn plak??best ke x??moga2 sahabatku dlm keadaan ceria selalu walau di mana pon korang berada..igt... jgn nakal2..huhu..cuti2 jgk,tp jgn xde pengisian plak..faham2 sendri la ye..huhuuuuu.. ;)
Sbnrye arini kita nk citer lbh kpd pengalaman kitaorang..spatutnya dr dulu lg citer pasal ni..tp xpela nk wat mcm mn idea br kuar saat ni..huhu..topiknye ialah university..universiti sbgmana korang smua tahu adalah salah satu tempat belajar yg disediakn oleh kerajaan kpd golongan remaja khususnya selepas menamatkan pengajian di peringkat sekolah, ijazah n sebagaimana..tujuannya adalah bagi melahirkan generasi pemimpin yg berkaliber,berpengetahuan,berwawasan, berintegriti dan sebagainya la..dan tidak lupa juga ia sebenarnya diwujudkan bg memenuhi tuntutan islam iaitu spy belajar dan menuntut ilmu..menuntut ilmu itu adalah wajib bg setiap org muslim kn??so dgn itu sama2lh kita menyahut seruan dgn belajar bersungguh2 wahai sahabatku sekalian!!!tiba2 je semngat lbh..hahaha..ye la..smestinya kita mggunakan kesempatan yg Allah berikan kpd kita dgn sebaik2nya..ramai org khususnya budak remaja kita xdpt masuk U walau ada sbhgiannya smmgnye layak tp xdpt mneruskan cita2 disebabkan kekangan kewangan, family n sebagainya..tgk betapa bertuahnya kita ni kn??bersyukurlah kwn2..renung2kn..
Pengalamn masuk U ni sungguh indah skali..teringat masa first time daftar masa sem 1..muka xleh blah..huhu..takut,berdebar,risau n mcm2 lg la..korang smua rasakan???hehe..tp minggu MMP la xleh dilupakan..penat sungguh..seminggu 2 terpaksa bkejar2 an berulang alik kt dectar..pergi sana bese la dgr ceramah,ikrar (ikhlas kah aku??),kenal2 canselor.naib canselor n ramai lg la org penting kt ukm..dan satu yang paling kitaorang xdpt lupakan bertemu dgn wira Negara..sape lg klu bkn Dr Sheikh Muszaphar Shukor..bekas pelajar ukm 2(btl ke x ejaan ni)..ampun2..jgn emo ye sape2 yg fanatic..hehe..
Masa firt sem ari 2,sekadar utk cuba2 n ikut kwn,so kitaorang ni join la pesta konvo.adalah amat mbanggakan ukm satu2 ye university yg mberi kesempatan sepenuhnya 100% kpd pelajarnya utk mguruskan event sebesar ni..masuk aktiviti ni best mmg best terutama bila dpt hadiah percuma dr sponsor Hotlink spt t-shirt,tali matriks n xdpt dilupakan pengalaman kitorang mnjadi pnyambut tetamu mnyambut allayarham Yamtuan Negeri 9 dulu..moga Allah mencuri rahmatnya..dan satu lg sempat myambut ketibaan wira kita 2..hehe..bangga jgk skjp tp syg dek kerna malu yg melampau,terlepas plak nk ambik gmbr ngn dia..huh..peluang terlepas bgitu saje..uhuk8..sedih2..(p/s:kitaorang bkn ye fanatic just peminat bese je yg kagum ngn pencapaian dia)hehe..
Tadi citer pasal salah satu aktiviti yg kitaorang join masa first2 jejak ukm..skrg citer masa blaja plak.masa first dulu,perasaan bimbang ni Tuhan saje la yg tau..n paling xdpt dilupakan,masa first time dulu rasa mcm budak sgt sbb rasa mcm ntah xtau apa2 je..btl ke x aku msk U ni??hehe..fesyen pon ala2 kmpung je dulu..(mcm la skrg ni dh pandai berfesyen)hahahaha..geli rasa hati..dulu jgk,rasa rendah diri sgt2 tgk kwn2 lain..rasa mcm kita ni xlayak mn msk U..mcm sekadar bertuah je kot..huhu..ye la,perasaan kn..tgk kwn2 lain yg sma2 daftar mcm hebat je..tp smua ye sama je la..apa yg penting..kitorang smua dpt msk U..kn3???xperlu dpertikaikan lg...hehe..syukur sgt2 akhirnya impian kami nk msk U termakbul..alhamdulillah msh diberi nikmat kesempatan.. 
Pertemuan kitaorang sebagai kwn pon bermula agak slow jgk..maklum la first2 kene la ambil masa utk kenal budi hati org..tp kitaorang bersyukur sgt sbb kitaornang mjadi kwn baik skrg..bkn mengamalkan sifat assabiah tp nk wat mcm mn mmg kitaorang berempat serasi bersama..lgpon xde la semangat assabiah mn kot sbb kami smua dr lain2negeri... sorang timur,sorang barat.sorang utara,n sorang selatan..huhu..love u all..cayalah..hehe..(p/s:wat sahabat2 lain,jgn jeles tau..bkn pilih kasih)smua org ada kwn special n rapat msg2kn?so xperlu dijeles sbb smua ni berkaitan ngn perasaan..huhu..mcm cintan la plak..tp apa2 pon syukur dpt knal smua sahabat yg smmgnya baik2 blaka..huhu..ukhwah fillah abadan abada...
Rintangan yg paling besar skali ialah memaintainkan result kami..huhu..tambah2 dgn munculye laptop yg smmgnye digilai smua..huhu.mmg xsah la hidup kalu xbukak laptop..ish3..mmg xdinafikan laptop ni byk yg melalaikan..mislye dgn fb,fs,tagged,myspace,netlog,flixster,hi-5 n mcm2 lg la..tp..ada kebaikanye jgk..antaranya..kita dpt kenal seseorang 2 dgn lbh rapat..ye la bkn blh percaya pon ngn alam fantasi..tp bg kami sndri bila dpt bertemu ngn org yg baik2..rasa mcm beruntung jgk..rupanya ramai org kt luar sana yg jauh berlipat kali ganda hebat..betapa kerdilye diri ni kami rasakan..yup ilmu itu blh dicari di mana2 saje..xterhad kpd sape2 pon..xsemestinya seseorang yg blaja ngn kos dia xtau dgn mendalam tntang kos yg xdiambilnye..dunia internet ni byk jgk mbantu..misalnya blog,laman web ilmiah, group ilmiah dan mcm2 lg la..smuaye ada..hehe..rugi nye klu kita smua xmanfatkan dgn baik2..ish2..
Ada bgsye jgk berkenalan ngn org melalui alam maya ni..sbbye kdg seseorang 2 hanya blh meluahkan @ mekspresikan diri dia sbnarye hanya melalui bantuan alam maya ni..tambah2 bg org yg xblh bertentang mata bila bercakap..ini sgt bgs bg muslimah..huhu..dpt jg kurangkan zina mata bila bersemuka scr berdepan..kn2???sdh byk ragam manusia kami jumpa..ringkasye yg baik n buruk smuanye ada la..tp apa yg kami dpt pengajaran kt sini setiap org ada kelebihan msg2..so,jgn la kita menilai seseorang i2 hanya diluaran je..jgn cpt menilai seseorang wahai sahabtku sekalian..sesungguhya fitrah manusia itu baik n sukakan kebaikan..sapelah kita untuk menilai dan mengatakan seseorang i2 baik @ jahat..kita hanya manusia bese n penuh dgn kelemahan..sapelah kita utk menghukum seseorang??layak kah kita??kita xtau apakah kesudahan kita n org lain..mgkin kita tgk org ni xbaik,tp kita xtau n tidak mustahil di saat2 akhir dia berubah n akhirnya dpt msk syurga..kita sndri pon xpasti tntg nasib kita apatah lg nasib org lain..bersangka baik la wahai sahabat sesame manusia..buat baik berpada2,buat jahat jgn sekali...so,fikirlah la baik2 ye.. 
Sampai disinilah coretan kami setakat ni..nk wat keje lain plak ni..huhu..
Akhir kalam,semoga bertemu lg....peace!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Sunday, September 27, 2009

suka tido?? posisi tido menurut islam dan sains


Diriwayatkan daripada Barra’ bin ‘Azib r.a: Sesungguhnya Rasulullah s.a.w bersabda:

Maksudnya: “Apabila kamu hendak tidur di tempat pembaringan kamu hendaklah kamu berwuduk seperti wuduk untuk solat. Kemudian hendaklah kamu baring di lambung kanan kamu. (Hr Bukhari dan Muslim)

Hadis ini mengajar kepada umat Islam supaya baring pada lambung kanan. Adapun tidur dengan cara yang lain adalah seperti berikut:-

Tidur dengan meniarap

Dr Zafir al-Attar berkata:

“Seseorang yang tidur meniarap di atas perutnya selepas tempoh yang tertentu akan merasai kesusahan untuk bernafas kerana beratnya gumpalan belakang badan yang besar yang menghalang dada daripada meregang dan mengecut ketika menghembus dan menyedut nafas. Kedudukan seperti ini juga menyebabkan kesukaran pernafasan yang boleh mengganggu jantung dan otak.”

Pengkaji dari Australia telah menyatakan bahawa berlaku peningkatan kematian kanak-kanak kepada tiga kali ganda apabila mereka tidur meniarap dibandingkan jika mereka tidur di lambung kanan atau kiri.

Majalah ‘Times’ telah menyatakan bahawa kajian di Britain telah menunjukkan peningkatan kadar kematian mengejut kanak-kanak yang tidur meniarap.

Tidur meniarap adalah dilarang oleh Islam. Abu Hurairah r.a telah meriwayatkan hadis dari Rasulullah s.a.w . Baginda melihat seorang lelaki meniarap. Lalu baginda bersabda:

Maksudnya: “Sesungguhnya ini adalah cara baring yang dimurkai oleh Allah dan Rasulnya.” (Hr Tirimizi dan Ahmad-hasan lighairihi)

Abu Umamah r.a berkata: Nabi s.a.w lalu dekat seorang lelaki yang tidur meniarap di Masjid. Lalu baginda memukulnya dengan kakinya dan berkata:

Maksudnya: “Bangunlah kamu dari tidur dan duduklah sesungguhnya ini adalah cara tidur ahli neraka jahannam.” (Hr Ibnu Majah)

Tidur menelentang

Dr Zafir al-Attar berkata:

Tidur menelentang akan menyebabkan pernafasan dengan mulut kerana mulut akan terbuka ketika menelentang disebabkan mereganngnya rahang bawah.

Sepatut dan seeloknya hidung yang bernafas kerana ia terdapat bulu2 dan hingus yang menyaring udara yang masuk dan banyaknya saluran darah yang disediakan untuk memanaskan udara.

Bernafas dengan mulut lebih menyebabkan seseorang itu terkena selsema di musim sejuk dan juga menyebabkan keringnya gusi yang akhirnya menyebabkan radang.

Tidur mengiring ke kiri

Tidur mengiring ke kiri pun tidak elok kerana jantung ketika itu dihimpit oleh paru kanan yang mana ia lebih besar dari paru kiri. Ini akan memberi kesan pada tugas jantung dan mengurangkan kecergasan jantung lebih2 lagi kepada orang yang sudah tua. Seperti mana perut yang penuh ketika itu akan menekan jantung.

Perbandingan diantara tidur mengiring ke kanan dan tidur mengiring ke ke kiri

Kajian yang telah menunjukkan bahawa makanan yang lalu daripada perut kepada usus berlangsung di antara 2.5 hingga 4.5 jam apabila orang yang tidur mengiring ke kanan. Manakala orang yang tidur mengiring ke kiri memerlukan masa di antara 5 hingga 8 jam bagi proses yang sama.

Tidur yang terbaik

Tidur yang terbaik adalah dengan kedudukan mengiring ke kanan kerana paru kiri lebih kecil daripada paru kanan. Ini menyebabkan jantung menanggung benda yang lebih ringan. Hati juga akan dalam kedudukan tetap stabil dan tidak tergantung. Perut akan bertenggek di atasnya dengan baik. Ini memudahkan untuk mengosongkan makanan dari perut selepas proses penghadaman.

Rujukan:

Mausuah al-I’jazil Qurani Fil Ulum wat Tib wal Falak
oleh Dr Nadiah Toyyarah,

Musnad Imam Ahmad

dan kamus