Sunday, September 27, 2009

suka tido?? posisi tido menurut islam dan sains


Diriwayatkan daripada Barra’ bin ‘Azib r.a: Sesungguhnya Rasulullah s.a.w bersabda:

Maksudnya: “Apabila kamu hendak tidur di tempat pembaringan kamu hendaklah kamu berwuduk seperti wuduk untuk solat. Kemudian hendaklah kamu baring di lambung kanan kamu. (Hr Bukhari dan Muslim)

Hadis ini mengajar kepada umat Islam supaya baring pada lambung kanan. Adapun tidur dengan cara yang lain adalah seperti berikut:-

Tidur dengan meniarap

Dr Zafir al-Attar berkata:

“Seseorang yang tidur meniarap di atas perutnya selepas tempoh yang tertentu akan merasai kesusahan untuk bernafas kerana beratnya gumpalan belakang badan yang besar yang menghalang dada daripada meregang dan mengecut ketika menghembus dan menyedut nafas. Kedudukan seperti ini juga menyebabkan kesukaran pernafasan yang boleh mengganggu jantung dan otak.”

Pengkaji dari Australia telah menyatakan bahawa berlaku peningkatan kematian kanak-kanak kepada tiga kali ganda apabila mereka tidur meniarap dibandingkan jika mereka tidur di lambung kanan atau kiri.

Majalah ‘Times’ telah menyatakan bahawa kajian di Britain telah menunjukkan peningkatan kadar kematian mengejut kanak-kanak yang tidur meniarap.

Tidur meniarap adalah dilarang oleh Islam. Abu Hurairah r.a telah meriwayatkan hadis dari Rasulullah s.a.w . Baginda melihat seorang lelaki meniarap. Lalu baginda bersabda:

Maksudnya: “Sesungguhnya ini adalah cara baring yang dimurkai oleh Allah dan Rasulnya.” (Hr Tirimizi dan Ahmad-hasan lighairihi)

Abu Umamah r.a berkata: Nabi s.a.w lalu dekat seorang lelaki yang tidur meniarap di Masjid. Lalu baginda memukulnya dengan kakinya dan berkata:

Maksudnya: “Bangunlah kamu dari tidur dan duduklah sesungguhnya ini adalah cara tidur ahli neraka jahannam.” (Hr Ibnu Majah)

Tidur menelentang

Dr Zafir al-Attar berkata:

Tidur menelentang akan menyebabkan pernafasan dengan mulut kerana mulut akan terbuka ketika menelentang disebabkan mereganngnya rahang bawah.

Sepatut dan seeloknya hidung yang bernafas kerana ia terdapat bulu2 dan hingus yang menyaring udara yang masuk dan banyaknya saluran darah yang disediakan untuk memanaskan udara.

Bernafas dengan mulut lebih menyebabkan seseorang itu terkena selsema di musim sejuk dan juga menyebabkan keringnya gusi yang akhirnya menyebabkan radang.

Tidur mengiring ke kiri

Tidur mengiring ke kiri pun tidak elok kerana jantung ketika itu dihimpit oleh paru kanan yang mana ia lebih besar dari paru kiri. Ini akan memberi kesan pada tugas jantung dan mengurangkan kecergasan jantung lebih2 lagi kepada orang yang sudah tua. Seperti mana perut yang penuh ketika itu akan menekan jantung.

Perbandingan diantara tidur mengiring ke kanan dan tidur mengiring ke ke kiri

Kajian yang telah menunjukkan bahawa makanan yang lalu daripada perut kepada usus berlangsung di antara 2.5 hingga 4.5 jam apabila orang yang tidur mengiring ke kanan. Manakala orang yang tidur mengiring ke kiri memerlukan masa di antara 5 hingga 8 jam bagi proses yang sama.

Tidur yang terbaik

Tidur yang terbaik adalah dengan kedudukan mengiring ke kanan kerana paru kiri lebih kecil daripada paru kanan. Ini menyebabkan jantung menanggung benda yang lebih ringan. Hati juga akan dalam kedudukan tetap stabil dan tidak tergantung. Perut akan bertenggek di atasnya dengan baik. Ini memudahkan untuk mengosongkan makanan dari perut selepas proses penghadaman.

Rujukan:

Mausuah al-I’jazil Qurani Fil Ulum wat Tib wal Falak
oleh Dr Nadiah Toyyarah,

Musnad Imam Ahmad

dan kamus

Monday, September 7, 2009

PERLUKAH ADA RASA RINDU???

RINDU...satu perkataan yg sudah diketahui umum tentangnya..sama ada kita rindu pada seseorang, tempat, makanan, pengalaman dan sebagainya..semua orang pernah berasa rindu bukan?cuma yg bezanya hanyalah faktor yg membawa kpd wujudnya perasaan rindu..

hmm..nak tahu sbb apa tiba2 nk tulis pasal rindu nih???haa..klu nak tau baca la lg..huhu..tp rasanya sahabat2 dpt agak kami rindu pd sape kn?
jawapannya ialah of course la kt parents kami berdua..lamanya la xbalik kg nih..blh dikatakan xpernah balik lg sejak msk tahun 2 ni..mn x rindunyer..lg satu setiap kali cuti umum pon bkn yer blh balik..jeles btl bila tgk roomate n sahabat2 lain yg dpt balik kg n berpuasa sama2 family diorang..kami di sini kesepian tanpa kata2..hanya dpt melihat n memendam rasa je...uhuk2..

ku rindukan nun jauh kg disana..ku rindukan prsekitarannya n ku rindukan org2 di sekitarnya..org2 yer??sape 2????ahaks2!!
di bulan pose mcm ni..teringat sgt2 masakan mak kt umah..time pose la mcm2 masakan special mak sediakan..nasi minyak ayam kurma,nasi bukhari,nasi tomyam, laksam n byk lg la..argh..rindunyer...

tp mmg benar la bak kata org bila jauh br la br ada rasa rindu..kini kami menghitung hari utk menanti saat tapak kaki berdua menjejak kaki di kg masing2..huh..lamanya..
ya Allah berilah kami kekuatan utk menempuh hari2 yg mendatang..kalau difikir2..kami xde la seteruk mn pon berbanding ngn perantau kt luar negara 2..haish..xleh bayangkan la kalau kami berada di tempat mereka..sedangkan kami di dalam negara pon rasa xblh tahan rindu..bgmana la diorang kn???
apa2pon puasa kene abis dulu..pastu blh la blik kg n beraya..yuhoo..
kpd sahabat2 yg senasib dgn kami..igtla bahawa anda x keseorangan..kami ada di sini..hehehe..salam perantau smua ye...sabar ek..:)

p/s: sekadar ayat2 kosong bg meluahkan rasa rindu yg terpendam..kg..wait 4 me..we will coming soon!!!!promise..

Sunday, September 6, 2009

suatu senja menjelang aidilfitri....

" Abang ni, Pakai tu elok-eloklah sikit," kata Shaliza Shafie, 25, ketika membetulkan pakaian suaminya, Mohd. Samad Ibrahim, 30. Samad tersenyum memandang isterinya, "Cantik isteri abang hari ni," Samad mencubit pipi Liza, lembut.
"Ayah, ayah... cepatlah, yah,"Farah dan Adi meluru masuk ke bilik kerana tidak sabar-sabar hendak bertolak pulang ke kampung. "atok dengan opah mesti dah tunggu kita ni," sambung anak-anaknya itu.
"Yalah, yalah... ayah dah siap ni,"sahut Samad lantas tersenyum ke arah anak-anaknya yang comel dan manja itu. farah dan Adi anak kembar mereka, baru berusia empat tahun.
"Bang, dah lama kita tak balik kampung macam ni, ya?" kata Liza semasa mendakap suaminya itu.
"Iyalah, maklumlahh abang ni sibuk dengan urusan perniagaan, baru kali ni abang ada peluang untuk cuti panjang," balas Samad kepada isterinya yang tercinta.
Perjalanan dari Kuala Lumpur ke Geri, Perak, mengambil masa lebih kurang empat jam setengah. Farah dan Adi sudah pun terlelap di kerusi belakang. Begitu juga dengan isterinya, Liza.
"Tak sabar rasanya nak tiba kat kampung," Samad berkata dalam hati. Sedikit demi sedikit Samad menekan pedal minyak keretanya. Keretanya semakin laju dan Samad semakin seronok. Kereta Proton Persona berwarna merah yang baru dibelinya memecut laju di lebuh raya.
Jam di tangan menunjukkan pukul 5.30 petang, mereka kini berada di Lenggong. Samad mahu segera sampai ke kampungnya di Gerik supaya sempat berbuka puasa bersama ibu bapanya. Dia mesti memecut keretanya itu.
Samad membelok ke kiri dan kanan, memotong semua kenderaan di hadapan, sebuah demi sebuah. Keseronokan memecut kereta baru membuatkan Samad hampir terlupa kepada anak dan isterinya yang sedang tidur.
"Eh abang, kenapa bawa laju sangat ni?" tiba-tiba Liza terjaga daripada tidurnya.
"Tak ada-apalah sayang, relakslah...lagi laju, lagi cepat kita sampai kampung,"jawab Samad.
Liza memandang ke arah suaminya itu. "Sabar bang, sabar. Biar lambat tak apa... jangan laju sangat bang, Liza takut,"Liza cuba memujuk Samad supaya memperlahankan kenderaannya. Ternyata pujukannya itu tidak diendahkan oleh suaminya.
"Relakslah yang... tak ada apa-apa,"balas Samad lantas memotong sebuah bas ekspres di hadapannya.
"Haa...kan, tengok , tak ada apa-apa, kan?" kata Samad setelah memotong bas ekspres tadi.
"Sudahlah tu, bang,"Liza kellihatan semakin risau. "Tengok, meter tu... 180 km/j, laju sangat ni bang. Sudahlah... kalau jadi 'apa-apa' nanti, macam mana?"
"Haa...tu ada satu lagi bas ekspres," balas Samad, langsung tidak diendahkan kata-kata isterinya tadi. "Yang, tengok abang potong bas ni.." sambung Samad lalu menekan pedal minyak hingga jejak ke lantai keretanya. Samad terus membelok ke kanan untuk memotong dan.. tiba-tiba dihadapannya tersergam sebuah lori kontena yang besar dan...!!
BBAAAANNNGGG!!!
"Samad.. bangun Samad,"sayup-sayup terdengar suara ke telinganya. Samad membuka mata, dia melihat ibunya berdiri di sisi.
"Mana Liza, mak? Macam mana dengan Liza, mak? Farah, Adi... mana anak-anak saya mak? Manaa???" bertubi-tubi Samad menyoal ibunya. Samad tidak dapat menahan kesedihannya apabila melihat isteri dan anak-anaknya tiada di sisi. Detik-detik terakhir sebelum kemalangan tadi terbayang di mata Samad, dia menangis semahu-mahunya. Esok Hari Raya Aidilfitri, dia tidak mahu kehilangan insan-insan yang disayanginyai itu.
Ibunya memandang Samad tanpa sepatah kata.
"Macam mana dengan isteri saya, mak?" Samad masih terus menangis setelah pertanyaannya tadi tidak dijawah oleh ibunya.
"Macam mana Liza, mak?" tanya Samad lagi, lalu memegang bahu dan menggoncang tubuh ibunya itu, dan..!!!
PAAANNNGGG!!!
Kepala Samad yang separuh botak itu tiba-tiba diketuk oleh ibunya dengan senduk besi. Samad terdiam. Dia memandang ibunya dengan penuh tandatanya. Kenapa ibunya buat dia begitu?
"Banyaklah engkau punya bini! Kerja pun pemalas, ada hati nak berbini! Dahlah tak puasa, tidur dari tengah hari sampai senja! Dah, bangun pergi basuh muka. Orang dah nak buka ni!" emaknya terus merungut sambul berlalu ke dapur.
Samad tersengih. Alamak, belum kahwin lagi rupanya aku ni.

http://cerita-menarik-blog.blogspot.com

Saturday, September 5, 2009

khilafnya diri ini...uwaaaaa...

Astaghfirullah... hari ini, kami terpanggil utk membaca artikel2 yg terdpt dlm iluvislam.. nah, tetibe satu artikel membuatkn kami rase betul-betul menjadi mangsa dlm “dusta dunia”...bila artikel ini, kne tepat kat batang hidung sendiri...alhamdulillah, atas berkat ramadhan dan nikmat kesedaran ini, kami cube perbetulkan kekhilafan ini... semuanya kerana artikel yang berbunyi..
sy bkn apa
kdg2 rase agk kurang setuju la kalau rakan2 muslimat ni bubuh gambar berpurdah diblog, frenster atau yg sekutu dgnnya
bukan apa..mmg bagus..
alhamdulillah tutp aurat malah 1001 kali lebih baik dr yg sekadar brtudung je
tp takkan la xtau
yg purdah itu sndiri menarik minat utk kaum adam view frenster kalian semua
tau kn,tp buat2 xtau
ada 2 gamba berpurdah tp mata melirik manja
ada yg mngerling tajam
astaghfirullah
2 semua bentuk2 godaan syaitan rakan2 muslimat sekelian
adam ni die paling suke dgn lirikan mata
jgn main2
jgn buat2 xtau
mustahil kaum adam xdapat mmbayangkan wajahnya
pasti mereka terkenang2
ni semua jalan yg mmbuka pd zina hati
kesianlah pd kaum adam
kita patut mmbantu mereka dari kene godaan dan panahan syaitan
serta fitnah wanita
ini kita bawa imej muslimat sejati
tp dlm mase yg same kite jugelah yg meruntuhkan tiang iman muslimin
xbes la mcm ni kan....”

~tamat~
Dgn ini kami isytiharkan, gambar kami berdua(diruangan gadget) telah pon kami deletekan...buat shbt2 muslimat yg merindui kami, kenang kami dlm doamu, lupekan kami dalam solatmu...huhu, jumpe dlm klas udehhh....:D

Thursday, September 3, 2009

BILA SEPASANG MATA MENJADI HADIAH


Ingatkah dikau di dalam lipatan sejarah
Sepasang mata menjadi hadiah

"Kenapa engkau mengikutku?" "Aku tertarik dengan kecantikanmu"

Jawapan yang cukup angkuh Namun mengundang seibu soalan

Bila bungkusan merah diterima di tangan MUSLIMAT, Contohilah wanita itu Bukan dengan mencungkil matamu Tetapi dengan menjaga keperibadianmu WAHAI MUSLIMAT, Aku sering tertanya Bagaimana engkau masih sanggup memaniskan muka Menghadiahkan senyuman Meramahkan bicara Kepada lelaki yang bukan muhrim Apakah engkau ini berani menguji jiwa lelaki Yang sememangnya dicipta Allah Dahaga kepada keindahan wanita Walaupun sekadar muka yang manis Apatah lagi lelaki ini Yang kau tahu cukup ego Menganggap wanita sebagai hidangan Yang boleh dibelek dan dipilih-pilih BENAR, Wanita ini telah menemui ajalnya Namun diiringi keredhaan Tuhan Dan keinsafan seorang lelaki Yang akhirnya menjadi ahli sufi MUSLIMAT,

Beginilah jalanmu Tundukkanlah pandanganmu Keraskanlah suaramu Seriuskanlah perwatakanmu Tampilkan ketegasanmu Bila engkau di depan atau di belakang Atau di kiri atau di kanan lelaki Walau atas apa alasan sekalipun Ketuk keegoan mereka Bangkitkan mereka dari mimpi Jelaskan dengan amalmu Bahawa percampuran bukan caranya Bahawa keseronokan adalah palsu Bahawa di sini tiada kebahagiaan Hanya kehancuran MUSLIMAT, Inilah jalannya. Lalu mungkin engkau akan melihat.

Di kalangan remaja ini, akan lahir Rijaluddin berjiwa pejuang, sebagaimana bangkitnya Dai'e bernama Hassan al-Basri, bila sepasang mata menjadi hadiah.

Tuesday, September 1, 2009

exam fever....

salam shbt2.. da update anti-virus di hati antum hari ni.. urm, insyaAllah jom update same2...ikut ana, astaghfirullah al-'azim..ulang 3x dan berkali-kali..uhh, alhamdulillah,semoga jd zikir mustajab buat kita,

esok, lusa dan hari2 yang mendtg dlm mggu ni nampaknya kami berdua sibuk dgn mid term yang bersepah-sepah..x tau nak cakap gane, cam durian runtuh..pepun alhamdulillah,hidup ni mmg da jd suatu ujian, so, x plu la tggu exam bru nk menggelabah labah-labah.

terlintas gak dlm hati ni, "ape yang aku blaja slame ni, cam bru tau jer dlm buku ni"...dan-dan ni, bru sedar yang byk bende aku x phm..huh! spin da ar ringkas, tetibe jer da abeh, hampeh...x phm. tu la pasal, blaja tuk exam, padan muke!! insaf jap...name pon manusia, naik sem depan wat prangai same...uhh x ubah2...ya muqallibal qulub, thabbit qalbi...

erm, oleh itu, wahai pemburu ilmu jgn sia-siakan ilmu, jadilah org yang berjaya di dunia dan akhirat...
" Ya Allah ajarkanlah kami bahawa bljr ini bukan untuk sesiapa, tp hanya keranaMu,..belajar ini bukan untuk diri, bahkan untuk seluruh umat rasulMu, belajar ini bukan untuk saat ini, bahkan untuk sepanjang zamanMu,..ajarkanlah kami apa2 yg kami x tahu tentang ilmuMu,..ingatkanlah kami apa2 yang kami lupe tentangMu, redhailah setiap langkah kami kerana kepadaMulah kami akan kembali...